APA ITU HABBATUS SAWDA' ?
PENGENALAN
Sejak zaman
– berzaman lagi , pelbagai rempah ratus dan tumbuhan yang telah dijadikan sebagai bahan dan ramuan di dalam ubatan tradisional. Di antara rempah ratus dan tumbuhan tersebut ialah kumpulan herba. Ramuan herba ini memang diakui amat berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia. Di antara herba yang dikenali dan diketahui mempunyai mutu khasiat yang tinggi kepada manusia ialah jintan
hitam. Ia merupakan salah satu daripada herba yang mempunyai keistimewaan dan
nilai khasiatnya yang tersendiri kepada sesiapa yang mengamalkannya secara konsisten.
Jintan Hitam ( Nigella
sativa L )
Jintan
hitam atau bijiran hitam merupakan sejenis bijian daripada pokok renek herba yang dikenali dengan nama saintifiknya Nigella sativa L.
Tanaman
ini banyak terdapat di negeri – negeri yang bersempadan dengan Laut Mediterranean , Eropah Tengah dan Asia Barat. Di rantau Asia , bijian ini dikenali dengan nama bijian hitam. Di India , Nigella sativa dikenali sebagai Kaladuru manakala
di Malaysia ia dikenali sebagai jintan hitam.
Sejarah Penggunaan Jintan Hitam
Sejak
lebih 2000 tahun lalu bijian ini telah dikenali dan digunakan di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubatan asli dan dijadikan
bahan tambahan dalam masakan. Bijian ini dipercayai mempunyai khasiat semulajadi
yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Menurut periwayat hadith
terkenal Abu Hurairah (r.a), Nabi s.a.w pernah bersabda agar bijian ini digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit kecuali
maut. Sabda Nabi ini terkandung di dalam Kitab Hadith susunan Bukhari.
Justeru
itu pengambilan bijian ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi mengawal penyakit manusia tetapi juga sebagai satu amalan
sunnah yang ganjaran pahalanya adalah besar.
Kandungan Zat Nigella sativa
Ekstrak daripada
minyak Nigella sativa ini didapati berkesan terhadap masalah kesihatan dan ianya
sentiasa dicampurkan ke dalam adunan ubat moden untuk menghindari penyakit (Lihat Lampiran 1).
Bahan aktif yang terkandung dalam minyak ini ialah sejenis alkaloid ‘nigellone’
yang pertama kali berjaya diasingkan pada tahun 1959.
Setiap 100g
bijian Nigella sativa mengandungi 38g lemak jenis minyak dan 21g protein. Sebahagian daripada kandungan minyaknya ialah
jenis asid kemak yang belum dapat dikenal pasti. Kandungan terbanyak asid
lemak ( 95.6% ) terdiri daripada asid linoleik, oleik , palmitik dan stearik. Lebih
daripada 80% asid lemak tersebut terdiri daripada asid lemak tak tepu , yang
memang baik untuk kesihatan manusia. Manakala proteinnya pula mengandungi 15
jenis asid amino dan sembilan daripadanya adalah asid amino perlu. Kandungan mineral
dalam Nigella sativa ini adalah berada pada aras yang selamat untuk digunakan dan
tidak terdapat mineral logam berat yang boleh membahayakan dan menjejaskan kesihatan.
Khasiat Nigella
sativa kepada manusia
Apabila melihat kepada saiznya yang kecil pasti ada di antara kita
yang tidak menyangka bijian hitam ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk sistem imuniti tubuh manusia. Ibarat kata pepatah “kecil – kecil cili api” ataupun “diam – diam ubi berisi”. Kecil tetapi besar khasiatnya.
Kajian mengenai khasiat Nigella sativa ini telah
dibuat oleh orang – orang Islam , iaitu bermula daripada Ibnu Sina – Bapa Perubatan Moden. Dalam syarahannya yang bertajuk Canon of Medicine , Ibn Sina menyatakan bahawa bijian ini dapat ‘menghilangkan
kepenatan badan yang tidak bermaya’.
Dalam buku Medicine of The Prophet , terjemahan dari karya Ibnu Qayyim
al – Jawziy ( 691 H – 751H ) ada dinyatakan bahawa terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang konsisten
mengamalkan memakan Nigella sativa terutama yang berkaitan dengan saraf , tekanan
darah , terjemahan dari karya Ibnu Qayyim al – Jawziy ( 691 H – 751H ) ada dinyatakan bahawa terdapat 50 kelebihan
dan kebaikan bagi mereka yang konsisten mengamalkan memakan Nigella sativa terutama
yang berkaitan dengan saraf , tekanan darah , pernafasan , pembiakan , penghadaman dan organ dalam badan serta buah pinggang. Ia juga boleh memberi tenaga bagi yang mengalami lemah badan , merawat kulit berjerawat
, eczema , kulit berkedut dan membaiki tekstur kulit.
Kajian moden telah membuktikan bahawa jintan hitam mempunyai kesan
mengembangkan saluran pernafasan , antimikrob , mengatur tekanan darah dan kesan
rembesan terhadap hempedu. Kesan – kesan ini mungkin memberi ransangan
terhadap daya tahan badan. Melalui beberapa penyelidikan yang dijalankan , dipercayai
jintan hitam mungkin boleh digunakan dalam rawatan kanser , AIDS dan penyakit – penyakit lain akibat kurang daya tahan
badan.
Sekarang ini di pasaran terdapat jintan hitam dijual dalam bentuk kapsul dan dalam bentuk minyak. Minyak jintan hitam ini disyorkan sebagai makanan kesihatan dan ianya sesuai kepada
kanak – kanak serta orang dewasa. Ia dimakan satu titik setiap hari dengan
mencampurkannya dalam air. Amalan ini dikatakan dapat melegakan batuk dan penyakit
lelah.
KAEDAH RAWATAN TRADISIONAL
Setiap
penyakit itu ada ubatnya. Jadi untuk memastikan keberkesanannya atau mujarabnya
sesuatu ubat itu , kita perlu mengetahui bagaimanakah kaedah perawatan sebenar dengan ubatan tersebut. Maka barulah kita dapat mengetahui dan menilai keberkesanannya. Begitu
juga dengan penggunaan Nigella sativa ini ada kaedahnya yang tersendiri di dalam
merawati sesuatu penyakit.
1)Masalah : Perut kembung ( bayi baru lahir )
Rawatan
: Nigella sativa dibungkus dengan
kain dan ikat ( punjut ). Bungkusan ini
Dipanaskan di atas api pelita dan tuam pada bahgian perut , betis
, tapak kaki dan juga buah zakar sekiranya bayi lelaki. Ini dilakukan setiap
kali selepas mandi , selama 40 hari. Ia merupakan amalan masyarakat di negeri Perak.
Manakala
di sesetengah tempat , bijian atau jintan hitam ini ditumbuk halus kemudian dijadikan bungkusan kecil empat segi dan dijahit
rapi. Bungkusan tersebut diletakkan di atas pusat bayi , sebelum perutnya dibarut.
Selain
daripada dapat menghindarkan perut kembung ia juga boleh mengecutkan
pusat bayi dan pusat tidak membonjol.
2)Masalah : Perut kembung ( orang dewasa )
Rawatan
: Jintan hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit pasir sungai. Campuran
tersebut dipanaskan seketika sebelum dibungkus dengan kain dan kemudian
ianya dituam pada bahagian perut. Bungkusan tersebut juga boleh dituam pada bahagian
badan yang tertentu untuk mengubati sengal – sengal tulang , sakit kepala dan kecederaan di bahagian hidung.
3)Masalah :
Penyakit angin, rasa loya, lenguh – lenguh badan dan sakit kepala
Rawatan : Jintan hitam ditumbuk , kemudian
direbus dan airnya diminum. Rawatan ini juga dapat menurunkan suhu badan ketika demam , menyembuhkan luka – luka termasuk
di bahagian usus , mengubati batu karang dan kencing manis.
4)Masalah :
Resdung
Rawatan : Jintan hitam ditumbuk , kemudian dibungkus
dengan kain. Bungkusan ini dihidu ( sedut ) berkali – kali secara berterusan. Kaedah ini baik untuk melegakan selsema dan melancarkan pernafasan.
5)Masalah :
Ruam bernanah
Rawatan : Ambil sedikit jintan hitam ( anggaran
dua sudu besar ) direbus bersama beberapa tangkai daun bunga tanjung. Kemudian
air rebusan ini ini diembunkan satu malam. Keesokannya keluarkan daun bunga tanjung , tapis dan air rebusan tersebut digunakan semasa mandi. Ianya perlu dilakukan
berulang kali sehingga ruam bernanah tidak timbul lagi.
Khasiat Nigella
sativa kepada haiwan
Semua pihak mengakui bahawa Nigella sativa mempunyai
kandungan zat yang baik untuk kesihatan. Jadi tidak hairanlah walaupun ia telah
menjadi hampas , ia tetap mempunyai khasiat. Di mana hampas Nigella sativa boleh dijadikan sebagai salah satu bahan
makanan atau sumber nutrien dan ubatan kepada haiwan terutamanya haiwan ternakan
kerana ianya dipercayai dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan pertambahan berat badan ternakan. Ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak MARDI.
Di mana
MARDI telah membuat satu percubaan terhadap ayam belanda yang sedang membesar. Ayam
belanda ini telah diberi makanan yang mengandungi 0 , 2.5 atau 5% hampas Nigella sativa
tanpa sebarang antibiotik selama 12 minggu. Kumpulan ini tidak menerima sebarang
vaksin atau ubat sejak menetas. Pada akhir percubaan , kumpulan yang menerima
hampas Nigella sativa mempunyai pertambahan berat badan dan kadar penukaran makanan
yang lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa ekor
daripada kumpulan kawalan yang menunjukkan tanda – tanda dijangkiti penyakit seperti mengeluarkan najis berwarna hijau
, tiada selera makan dan berat badannya menurun selepas 4 minggu kajian dijalankan.
Apabila dietnya ditukarkan kepada makanan yang mengandungi 5% hampas Nigella
sativa , tanda – tanda dijangkiti penyakit hilang dan berat badannya kembali meningkat. Pertambahan berat badan dan kadar penukaran makanan yang menggalakkan
ini diyakini disebabkan oleh kandungan protein serta minyak lebihan sebanyak 14% yang masih terdapat pada hampas bijian tersebut. Manakala pemulihan kesihatan pula dijangka berpunca daripada kesan antibakteria yang
terdapat dalam Nigella sativa itu.
Kajian
pada anak lembu yang sedang membesar juga menunjukkan bahawa campuran hampas Nigella sativa pada aras 5% dalam diet dapat
memperbaiki pertambahan berat badan sehingga 13% berbanding dengan kumpulan kawalan tanpa Nigella
sativa. Malahan pemberian hampas bijian tersebut dalam makanan lembu dapat menyembuhkan penyakit kudis yang kronik.
Nigella sativa juga dilaporkan begitu berkesan terhadap bakteria. Penggunaan serbuk bijian hitam ( Nigella sativa ) pada aras
100mg setiap kg berat badan dapat mengurangkan beban radang tetek pada kambing dan sekaligus meningkatkan pengeluaran susunya.
Kajian
di India menunjukkan bahawa kesan Nigella sativa begitu ketara sekali untuk merencat
pertumbuhan bakteria Staphylococcus agalactiae.
Pertumbuhan bakteria patogen lain seperti Staphylococcus aureus , Pseudomonas
aeruginosa dan Escherichia coli juga dilaporkan terbantut apabila terdedah
kepada minyak bijian ini. Di samping itu bau yang dikeluarkan oleh bijian ini
juga dapat menghindarkan serangga pembawa penyakit atau perosak seperti nyamuk , lalat dan bubuk.
Penutup
Dewasa ini rata – rata individu dan kelompok masyarakat mula menyedari tentang
khasiat Nigella sativa. Membantu meningkatkan
tahap kesihatan tubuh manusia sama ada dari segi luaran dan dalaman. Keberkesanannya
itu telah diakui oleh pelbagai pihak iaitu dengan berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan. Hasil dari kesedaran tersebut pelbagai jenis produk daripada Nigella
sativa telah dihasilkan. Ia begitu banyak terdapat di pasaran semasa kini. Kebanyakan produk tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengguna.
Jadi tidak mustahil , jika ada di antara produk
tersebut terdiri daripada produk yang palsu. Ini merupakan satu perbuatan daripada
mereka yang tidak bertangungjawab , yang cuba mengambil kesempatan di atas sambutan yang memberansangkan dari para pengguna.
Oleh sebab itu , pihak yang berwajib perlulah mengambil tindakan
ke atas mereka yang terlibat. Demi menjaga dan mengawal imej , mutu serta nilai
khasiat Nigella sativa supaya para
pengguna tidak rasa tertipu dan tidak ragu – ragu untuk menggunakanya secara konsisten sepanjang zaman.
Sumber
: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/A67762.htm