|
KOD : GOUT
ITEM : JUS HERBA KELAPA DARA
SAIZ : 500ML
HARGA :RM70.00
RAMUAN : |
Aqua, Cocos Nucifera, Vitis Vinifera, Orthosiphon Stamineus, Solanum Tuberrosum, Cinnamomum
Zeylanicum, P. Dactylifera, Habbatus Sauda, Herba terpilih, dan Kondisioner makanan yang dibenarkan.
FUNGSI : |
Merawat sistem metabolisma |
Memperbaiki sistem perkumuhan |
PANDUAN PENGGUNAAN : |
Minum 2 sudu makan, 2 kali sehari | |
|
|
JUS
HERBA & GOUT
Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat
berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan
oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan
terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air
kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam
sendi.
Gout adalah
suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita
wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan :
“ Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat,
kecuali satu penyakit, iaitu tua.” - Hadith riwayat Abu Daud. |
Sesungguhnya
sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta. Namun khazanah
yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk
sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.
Jus Herba Bio-asli
adalah rumusan dari herba terpilih, warisan zaman berzaman, generasi yang mementingkan kesihatan. Gabungan herba terbaiknya
bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan
antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolism,
serta melancarkan sistem perkumuhan. Tubuh tidak akan menghasilkan terlalu banyak asid urik, dan tubuh mudah dapat pula menyingkirkan
asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.
Jus Herba Bio-asli
bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat
kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout
yang menghantui anda sekian lama. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam pemakanan.
APA ITU GOUT ?
Pengenalan
Istilah "gout" berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan
oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang
paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.
Kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout sebenarnya boleh dikawal. Secara umumnya ia sering dihidapi oleh kaum lelaki
dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma
tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak
urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Terdapat beberapa kemungkinan
yang berpunca dari akibat pengumpulan dan pemendakan asid urik tersebut, ia itu gout arthritis yang parah, batu ginjal, dan
pemendapan asid urik (tophi) di dalam kulit atau tisu tubuh. Gout boleh berlaku tanpa lain-lain komplikasi (primary
gout) atau mungkin juga berhubungan atau ada kaitan dengan masalah kesihatan lain atau perubatan (secondary gout).
Sesaorang yang di katakan mengidap gout arthritis ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan
sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium
urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak beberapa tahun dalam sendi berkenaan,
yang menyebabkan radang. Serangan gout arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik.
Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
- Gout
arthritis yang menyakitkan adalah disebabkan oleh pemendapan asid urik yang membentuk kristal di tisu-tisu sendi.
- Risiko
untuk menghidap gout dan peningkatan paras asid urik dalam darah (hyperuricemia) selalunya dikaitkan dengan faktor warisan.
- Gout
dan hyperuricemia boleh menjadi semakin buruk dengan kegemukan, pertambahan berat badan, pengambilan alkohol, tekanan darah
tinggi, fungsi buah pinggang yang tidak normal dan beberapa ubat-ubatan.
- Serangan
Gout arthritis akan menjadi lebih parah dengan dehidrasi, kecederaan, demam, makan terlalu banyak, pengambilan alkohol yang
berlebihan, pembedahan dan sebarang kesan trauma.
- Ujian
diagnostik yang paling berkesan terhadap gout adalah dengan mengenalpasti kristal yang berda di sendi, cairan tubuh dan juga
di tisu.
- Rawatan
bagi serangan gout sendi adalah berlainan dari rawatan bagi hyperuricemia. Terdapat dua konsep yang sangat mustahak
bagi merawat gout. Pertama, adalah dikira sangat mustahak dan kritikal untuk menghilangkan radang yang teruk pada mana-mana
bahagian yang diserang. Kedua, adalah sangat penting untuk memikirkan rawatan jangka panjang, bagi mengelak risiko serangan
berulang gout dan pemendapan kristal tophi gout.
Ciri
wajib
Pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan
kedua-duanya sekali. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat
lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang
berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Aras
asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.
Tanda
dan gejala
Gambaran
klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi,
kemungkinan semalaman. Pesakit mungkin juga mengalami sedikit demam, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan.
Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan
kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat, dan ia mungkin menyerang
kembali selepas beberapa minggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan
tangan dan jari.
Gout
lazimnya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu
juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari,
dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari
kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit
dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang
dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang
asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.
Komplikasi
-
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
-
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk
’batu karang’.
-
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan
lain seperti:
-
Kegemukan
-
Darah tinggi
-
Hiperlipidemia
-
Diabetes
Diagnosis
Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.
Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi. Hiperurisemia ditakrifkan
sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga
daripada semua kes. Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang
lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya
artrisis sepsis.
Diagnosis
muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk
menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi
bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain. |
|
|
Peringkat gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
-
Asimptomatik
-
Akut
-
Interkritikal
-
Kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout
pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan
yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat
interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga
tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan
banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang
sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Pembedahan
Untuk kes-kes
gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan
sendi.
Rawatan
Gout adalah
suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita
wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan :
“
Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit,
iaitu tua.”
Hadith riwayat Abu Daud.
Sesungguhnya
sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta. Namun khazanah
yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk
sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.
Rawatan serangan akut
-
Rehatkan sendi semasa serangan gout.
-
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan
sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat,
kesan sampingan jarang berlaku.
-
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat
berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi
doktor)
-
Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi
doktor)
-
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
-
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika
penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil
berpanjangan.
-
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan
awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik
yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
-
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan
untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
-
Mengelakkan minuman keras (minum minuman keras adalah haram disisi
Islam)
-
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
-
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan
purin:-
ELAKKAN
MAKAN |
KURANGKAN
MAKAN |
- Organ dalaman seperti
hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Ekstrak daging, ragi
(seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam,
udang dan kerang
|
- Asparagus, bunga kobis, cendawan
dan bayam
- Peanuts, lentil, kekacang
dan peas
|
|
Pencegahan
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan
bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikan bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan
yang praktikal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah dengan menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat
oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan
merawat gout dengan kehangatan.
Pemerhatian lain
Kulit
mungkin akan gugur, disebabkan bengkak yang berpanjangan di sekitar sendi terjejas. Ini paling ketara ketika jari-jari kaki
terlibat dan mungkin akan mengakibatkan jangkitan kulat di kawasan antara jari-jari kaki jika kawasan-kawasan itu lembap. Rawatlah keadaan
ini dengan cara yang sama sahaja dengan kutu air.
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout
boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol (haram menurut Islam) dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan
dengan kejadian penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
-
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
-
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah
satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
-
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Bagaimana
Jus Herba BioAsli dengan masalah gout ?
Gabungan
herba terpilih sebahagiannya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan
bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolisma yang membolehkan
tubuh dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan
asid urik dari tubuh mereka.
Perlu
juga diingatkan bahwa Jus herba Bio-Asli bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan.
Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak
perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama ini. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu
lagi berpantang dalam pemakanan.
Berikut
adalah rumusan rengkas khasiat-khasiat herba dalam rumusan Jus Herba Bio-Asli :
Jika anda memerlukan lebih maklumat
lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my
PENAFIAN:
Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat
nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum
mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor
bagi rawatan lanjut
PANDUAN PEMBELIAN UNTUK PRODUK DI HALAMAN INI
-
Pastikan pilihan jumlah/kuantiti produk yang ingin anda beli, dan jumlah harganya sekali
di ruangan ITEM.
-
Buat pembayaran yang secukupnya di salah satu daripada akaun bank berikut : Maybank No.: 164137002995 (Khairil Anizan Alang Bee), CIMB No. 12240001109209 (Khairil Anizan Alang Bee)
-
Masukkan Maklumat Perhubungan, dan juga Penghantaran Produk seperti Nama, Alamat,
dan No. Telefon. dan juga Emel, di ruang-ruang yang telah ditetapkan
-
Masukkan juga Maklumat Pembayaran (seperti Tarikh, Masa
& Jumlah Bayaran) anda di dalam ruangan yang telah ditetapkan. Jika anda pengguna Maybank2u , atau CIMB
Clicks, anda cuma perlu Copy & Paste sahaja maklumat tersebut.
-
Jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan PayPal, sila hantar Borang Pesanan kepada kami terlebih dahulu. Pehak kami akan menghantar emel invois
kepada anda untuk pembayaran. Anda akan dikenakan caj Yuran Transaksi sebanyak 3.4% + RM2.00, jika anda membuat pembayaran
melalui PayPal.
|
BORANG PESANAN
PRODUK : JUS HERBA KELAPA DARA 500ML
HARGA : RM70.00 (SM)
KOS PENGHANTARAN : PERCUMA !
Jika anda ingin membuat pesanan secara berbilang produk (lebih dari satu item), sila kunjungi kedai online utama
kami : http://kedaisiberneka.lot.my
|
|